SEKILAS PANDANG

ALKISAHNYA....PSSSKBI


PSS SK BAKAP INDAH mula dibangunkan sebaik sahaja SKBI memulakan langkah pertama pengoperasiannya iaitu pada awal 2010. Pemilihan Guru Perpustakaan dan Medianya telah dimaklumkan oleh PK1 pada awal 2009 yang mana pada ketika itu SKBI masih menumpang di Sek. keb. Sungai Bakap. Guru yang dipilih menerimanya sebagai tangguangjawab walaupun agak gementar kerana ada orang lain yang rasa bersyukur kerana tidak dilantik ini membayangkan itu satu tanggungjawab yang agak berat, namun dengan pengalaman zero saya menerimanya.. kata orang "tak kenal maka tak cinta... cubalah sedaya yang termampu" itu yang dikatakan kepada pentadbir En Nazarudin b Shaari dan PK1 yang mencalonkan saya En. Mohd Syukri b. Awang Yahya.


Pada awalnya PSS SKBI berdiri sendiri dengan sebuah perpustakaan yang lengkap dengan perabutnya namun belum menerima bekalan buku daripada pihak kementerian untuk sekolah-sekolah yang baru dibuka. Bilik-bilik khas di bawah PSS seperti bilik tayangan, bilik access dan bilik bbm belum lagi boleh beroperasi memandangkan belum cukup kelengkapan perabot dan alatan. Maka PSS perlu bangunkan dahulu perpustakaannya demi untuk melancarkan progran NILAM yang sudah bermula.

Setelah menerima alatan media maka bilik tayangan mula dikemaskini dan dibuka kepada warga SKBI walaupun bukanlah lengkap sepenuhnya namun bolehlah menyangkan bekalan CD yang dibekalkan oleh pihak PKG yang sentiasa prihatin dengan perkembangan semasa sekolah baru ini.

Pembelian buku dan bahan bacaan terpaksa dibeli secara beransur-ansur mengikut peruntukan kecil yang ada memandangkan bilangan murid pada ketika itu masih kecil. kebanyakan masa digunakan untuk menimba dan mencari bahan-bahan yang perlu ada di PSS dengan merujuk internet dan rakan-rakan seGPM yang lain serta menceriakan seadanya PSS yang luas ini...

Namun ketika masih menumpang di SK Sg.Bakap satu aktiviti PSS telah berjaya dijalankan iaitu KEM MEMBACA 1MALAYSIA dengan menumpang di dewan SK Sg. Bakap... Alhandulillah dan Terima Kasih.